Penjelasan teknikal DVB-H

Struktur rangka DVB-H

DVB-H ialah perkembangan terkini dalam lingkungan piawaian pemancaran DVB. Teknologi DVB-H ialah superset kepada sistem DVB-T (Penyiaran Video Digital – Terestrial/Digital Video Broadcasting - Terrestrial) yang dijayakan untuk televisyen terestrial digital, serta ciri-ciri tambahan untuk mencapai keperluan tertentu penerima mudah alih yang dikuasakan bateri.

DVB-H mampu menyalurkan sesebuah saluran pada kadar data tinggi yang boleh digunakan secara tunggal atau sebagai peningkatan pada rangkaian telekomunikasi mobil yang boleh dicapai mana-mana terminal mudah alih biasa.

Teknologi penghirisan masa diambil untuk mengurangkan penggunaan kuasa bagi terminal mudah alih yang kecil. Datagram IP dipancarkan sebagai pecahan-pecahan data dalam slot masa yang kecil. Setiap pecahan boleh mengandungi sehingga dua megabit data (termasuk bit-bit pariti). Terdapat 64 bit pariti untuk setiap 191 bit data yang dilindungi kod-kod Reed-Solomon. Bahagian hadapan penerima hanya dipasang untuk sela masa apabila sesuatu pecahan data perkhidmatan terpilih sedang di udara. Dalam jangka masa singkat ini, kadar data tinggi dicapai dan boleh disimpan dalam penampan ('buffer). Penampan ini boleh sama ada menyimpan aplikasi yang dimuat turun atau memaninkan strim secara langsung.

Penjimatan kuasa yang dicapai bergantung kepada hubung kait masa pasang/tutup. Jika terdapat kira-kira sepuluh atau lebih perkhidmatan yang dipancarkan pada strim DVB-H, maka kadar penjimatan kuasa untuk bahagian hadapan boleh mencapai 90%. DVB-H ialah sistem teknikal yang pernah diuji secara terliti oleh Pasukan Petugas Pengesahan DVB-H sepanjang tahun 2004 (lihat Laporan Teknikal TR 102 401 ETSI).

Rujukan

WikiPedia: DVB-H http://www.ebu.ch/en/technical/trev/trev_301-dvb-h... http://www.ebu.ch/en/technical/trev/trev_frameset-... http://www.enensys.com/widgets/enensys_bitrate_cal... http://www-128.ibm.com/developerworks/wireless/lib... http://www.phonegg.com/List/DVB-H-Cell-Phones.html http://ec.europa.eu/information_society/newsroom/c... http://ec.europa.eu/information_society/policy/eco... http://www.obs.coe.int http://web.archive.org/web/20070809041326/http://w... http://www.digitag.org/DTTResources/DVBHandbook.pd...